YAASIN & AL-MA'THURAT

Kami mencetak dan membekal Yaasin untuk :


~ Cenderahati Perkahwinan,
~ Majlis Khatam Al-Quran,
~ Kenduri Kesyukuran,
~ Berkhatan,
~ Potong Jambul
~ Aqiqah dll.


*** Naskah Yaasin ini juga sesuai untuk
hadiah berkat sempena Majlis Tahlil
sebagai tanda ingatan ikhlas
daripada ahli keluarga kepada
Allahyarham / Allahyarhamah 










KETERANGAN DAN RISALAH YAASIN

Jantung Al-Quran ialah Surah Yasin. Bagi mereka yang membacanya dengan tujuan mencari keredhaan Allah S.W.T. dan  senantiasa mengharapkan keselamatan di akhirat, maka Allah mengampuni dosanya.
  (Demikianlah maksud hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud.)
 Dan terdapat banyak lagi fadhilat dan khasiat apabila kita membaca surah ini. Walaupun banyak keutamaannya maka adalah lebih penting niat kita membacanya adalah semata-mata untuk mencari keredhaan Allah S.W.T.
 Di dalam risalah ini dimuatkan juga panduan membaca Tahlil dan doa-doa pilihan. Semoga risalah ini memberi manfaatnya kepada kita semua di dunia dan di akhirat, Insya-Allah.

YAASIN 5" x 4.5"





YAASIN A5

Jantung Al-Quran ialah Surah Yasin. Bagi mereka yang membacanya dengan tujuan mencari keredhaan Allah S.W.T. dan  senantiasa mengharapkan keselamatan di akhirat, maka Allah mengampuni dosanya.
  (Demikianlah maksud hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud.)
 Dan terdapat banyak lagi fadhilat dan khasiat apabila kita membaca surah ini. Walaupun banyak keutamaannya maka adalah lebih penting niat kita membacanya adalah semata-mata untuk mencari keredhaan Allah S.W.T.
 Di dalam risalah ini dimuatkan juga panduan membaca Tahlil dan doa-doa pilihan. Semoga risalah ini memberi manfaatnya kepada kita semua di dunia dan di akhirat, Insya-Allah.Amalan-amalan ini berupa  zikir,solat, bertasbih dan sebagainya yang semuanya merupakan amalan turun temurun. pengisian rohani ini dapat memberi ketenangan dan ketenteraman kepada pengamalnya.
di dalam risalah ini dimuatkan juga panduan membaca tahlil, doa-doa pilihan , Qunut Nazilah, amalan menjauhi Sihir seperti membaca Surah Al-Mulk, Ayatul Ruqyah Pertama, Ayatul Ruqyah kedua & ketiga, Ayatul Ruqyah keempat dan ayat-ayat syifa' (penyembuh) yang sesuai untuk dipraktikkan dalam kehidupan islam. ayat-ayatnya mudah dibaca sebagai amalan harian serta bagi memantapkan kekuatan rohani seorang muslim dalam meningkatkan pahala yang dapat membawa menuju syurga abadi.
semoga dengan mengamalkan dan memperbanyakkan membaca Surah Yaasin dan Al-Quran keseluruhanya, akan melimpah nikmat dan keampunaNya serta memberi manfaatnya kepada kita semua di dunia dan diakhirat. Insyaallah..






AL-MATHURAT DAN AL-MANZIL


KETERANGAN RISALAH:
Al-Ma'thurat merupakan himpunan zikir yang   bersumber Al-Quran dan Sunnah Rasullulah S.A.W, yang dikumpul oleh Imam Hassan Al Banna, dibaca pagi dan petang, iaitu selepas solat Subuh dan Maghrib, ataupun diwaktu-waktu lain sebagai tambahan dan mengisi masa dengan perkara yang bermanfaat.

Risalah Manzil mengandungi beberapa ayat Al-Quran yang telah diajar oleh Rasulullah S.A.W kepada sahabat r.a sebagai Rsyifa' (penawar dan ubat) dari beberapa jenis penyakit rohani dan jasmani serta sebagai pelindung dari sihir.

Wirid Zikir ini bertujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah S.W.T dan menambah keimanan dan ketaqwaan. Di samping itu, ia juga dapat menjadi pelindung atau benteng daripada dorongan dan kejahatan nafsu dan syaitan.

Insyaallah, jika diamalkan secara istiqamah dan berdisiplin, jujur dan ikhlas, anda akan merasakan kesan dan kenikmatannya. Moga-Moga kita mendapat taufiq dan hidayah serta keredhaan Allah Taala.



You might also like: